Di Negeri Terengganu amat terkenal dengan beberapa jenis makanan tradisional yang enak. Antara makanan yang terkenal di Negeri Terengganu adalah :-

 

1. Keropok Lekor 

 

 

Keropok lekor atau juga dikenali sebagai keropok batang dikalangan penduduk tempatan Terengganu ini amat popular kerana bagi setiap pelancong yang datang ke Terengganu memang tidak ketinggalan untuk menikmati dan merasai keenakan keropok lekor Terengganu. Adunan keropok lekor yang diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu serta sedikit garam ini menjadi kegilaan pelancong luar untuk menjamunya. Antara keropok yang popular dan biasa disinggahi oleh pelancong luar adalah Keropok Lekor Losong umumnya, selain keropok lekor Losong kedai yang juga popular Keropok Lekor 008 Kelulut, Marang. Dungun juga tidak ketinggalan dalam memasarkan keropok lekor yang lazat, antara kedai yang popular di Dungun Keropok Lekor Sri Sura. Selain itu juga, Keropok Lekor kini dijadikan Keropok Berbola Berkeju yang mula digemari dan menjadi permintaan yang tinggi bagi mereka yang meminatinya.

 

2. Nasi Dagang

 

 

Nasi Dagang juga merupakan makanan yang paling digemari oleh penduduk Terengganu. Nasi yang dihidangkan bersama kuah gulai ikan tongkol atau juga dikenali sebagai Ikan Aya oleh penduduk tempatan dan sedikit acar timun amat sedap dan lazat. Menu nasi dagang ini dimakan pada setiap masa pagi, tengahari dan malam.

 

3. Ketupat Sotong

 

 

 Ketupat sotong juga salah satu makanan yang popular di Negeri Terengganu, ketupat sotong yang dibuat bersama beras pulut lalu disumbatkan kedalam sotong dan dimasak dengan menggunakan santan. Kebiasaan ketupat ini dibuat apabila musim sotong telah tiba.