Tajuk        : Taklimat Klik Dengan Bijak bersama Pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Abang 
Tarikh       : 15 November 2017
Masa        : 9.00 am - 12.00 pm
Bertempat : Perpustakaan Desa Kampung Kuala Abang
Peserta      : 17 Peserta
 
IMG 20171115 WA0006
 
Memberi taklimat  mengenai klik dengan bijak kepada adik-adik pelajar Sekolah Menengah Agama Kuala Abang anjuran Perpustakaan Desa Kampung Kuala Abang. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
 
Ia bertujuan untuk:-
  • * Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
  • * Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • * Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
  • * Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

 

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

 


 

Tajuk        : Program Klik bersama Pusat Internet 1Malaysia Tamaan Rakyat Jaya 
Tarikh       : 18 November 2017
Masa        : 9.00 am - 2.00 pm
Bertempat : Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya
Peserta      : 124 Peserta
 
IMG20171118092636
 
Program Klik bersama Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya adalah satu program dimana untuk memperkenalkan dan mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat serta yang berhampiran dengan Pusat Internet 1Malaysia. Antara modul yang  terdapat dalam aplikasi dashboard komuniti adalah My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool, My Place dan My Shop.
 
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah :-
1) Pencarian Ahli Baru (Give And Take)
2) Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (Apps Login Challenge)
3) Pemeriksaan Kesihatan Percuma (My Health)
4) Eksploitasi Dashboard Komuniti
    - Membuat Hebahan (My Komuniti)
    - Membuat aduan (My Soal)
    - Memuatnaik produk baru dan lihat produk (My Shop)
5) Persembahan nyanyian lagu rakyat daripada Tabika Kemas Taman Rakyat Jaya dan Rumah Awam Kos Renndah
6) Teka Silang Kata
7) Mencari perkataan tersembunyi 
 
Selain itu juga, program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan dan aktiviti yang ada di Pusat Internet 1Malaysia Taman Rakyat Jaya